Pengenalan Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Muzik dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Audio juga mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Justeru itu audio atau bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.
Audio sangat berkesan untuk menarik perhatian pengguna. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar atau “voice-over” dengan iringan muzik pastinya mampu menarik perhatian dan menyeronokkan di samping menyampaikan maklumat serta meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan yang dipersembahkan. Kesan bunyi analog dan digital.
• Bunyi bergerak dalam bentuk gelombang. Getaran yang terhasil diudara atau objek lain membentuk satu gelombang menggetarkan gegendang telinga kita dan didengar sebagai satu kesan bunyi. Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udaraadalah tetap berbanding apabila wujud gelombang bunyi, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun ke paras yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera yang normal.
Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi sesuatu audio.
Kekuatan bunyi ini dikenali sebagai amplitud dan unit ukurannya ialah decibel (dB). Kadar tekanan udara berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi pula disebut pitch. Corak gelombang boleh dilakarkan dalam graf dan didapati bentuk graf seperti berikut:
• Gelombang bunyi dapat diwakili oleh corak sinus dikenali sebagai gelombang analog. Corak sinus tersebut mewakili amplitud dan juga frekuensi audio. Semakin tinggi puncak pada gelombang bermakna semakin tinggi amplitud dan semakin kuat bunyi terhasil. Jarak di antara puncak dengan puncak pula mewakili frekuensi yang mana semakin jauh jarak antaranya, semakin kecil nada suara atau pitch yang terhasil.
• Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu saat. Bilangan frekuensi akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkan. Frekuensi diukur dalan unit Hertz (Hz). Setiap corak tersebut muncul sebanyak 1000 kali dalam masa 1 saat, bersamaan dengan 1000 Hz atau 1 KHz.
• Pemain dan perakam kaset audio, piring hitam, kaset video, CD audio (muzik) dan sebagainya menyimpan data audio dalam bentuk analog.
• Perkembangan teknologi membolehkan kaedah penyimpanan yang hampir sama digunakan di antara data audio analog dan juga data audio digital. Ini membolehkan CD muzik biasa (analog) boleh dibaca oleh pemain cakera padat digital (contohnya pemacu cakera pada sesebuah komputer). Namun demikian tidak semua kaedah penyimpanan data tersebut adalah sama dan serasi. Oleh yang demikian data audio analog dan digital perlu diterjemahkan bagi membolehkan ianya difahami oleh media-media yang berlawanan.
• Cip yang berperanan bagi mengubah signal analog kepada denyutan dinamakan penterjemah analog digital atau analog digital converters (ADC). Proses sebaliknya adalah untuk menukarkan gelombang digital kepada analog menggunakan cip penterjemah digital analog atau digital analog converters (DAC). Cip-cip ini biasanyasedia terbina di dalam kad audio (sound card).
• Cip ADC mengukur amplitud bagi gelombang analog dan mengubah setiap ukuran gelombang tersebut kepada denyutan digital yangberkaitan dengan kod bit agar boleh difahami oleh sistem komputer, begitu juga sebaliknya. Corak gelombang digital terbentuk daripada bar-bar turus seperti rajah dibawah. Pensampelan (Sampling)
• Sistem pengoperasian komputer hanya menggunakan gelombang audio digital. Dengan itu jika terdapat gelombang analog ia akan ditukarkan kepada gelombang digital dan proses ini dinamakan pensampelan, yang mana setiap pecahan saat sampel bagi sesuatu audio akan dirakamkan dalam bentuk bit digital. Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kualiti sesuatu rakaman audio digital iaitu Kadar Sampel (Sample Rate) dan Bit-depth.
• Selain dari itu, Saluran Rakaman atau Channel yang dipilih juga turut mempengaruhi kualiti dan juga saiz fail sesebuah audio yang dirakamkan. Terdapat dua pilihan Channel iaitu Stereo dan Mono. Kualiti rakaman boleh pilih berdasarkan Sample Rate, Bit-depth dan Channel.
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment