Sunday, June 29, 2008

Fasa-fasa Pembangunan Produk Multimedia Interaktif

FASA 1 – PERANCANGAN

Langkah 1 : Pembangunan Konsep Setiap projek multimedia menjanakan idea tersendiri. Proses penjanaan idea adalah berdasarkan beberapa persoalan seperti
berikut :

• Bagaimana sesuatu maklumat boleh dipersembahkan dalam bentuk multimedia yang lebih impresif dari segi kualiti grafik dan maklumat terkini ? •
Bagaimana kita boleh mengubah kandungan yang menjurus ke arah keperluan pasaran yang pelbagai ?

• Bagaimana kita boleh mengoptimumkan teknologi terkini ? •
Bagaimana kita boleh menukarkan dari tajuk tunggal ke tajuk bersiri ?
• Bagaimana kita boleh membuat pempakejan semula dan mengubahsuai isikandungan ?


Langkah 2 - Menyatakan Tujuan Setelah pembangunan konsep dibuat, matlamat dan objektif haruslah diperincikan. Matlamat merupakan konsep umum mengenai projek
yang dibina manakala objektif adalah pernyataan yang lebih terperinci. Matlamat dan objektif boleh menentukan hala tuju proses pembangunan produk multimedia.
Pembangunan produksi multimedia merupakan suatu proses kerja berpasukan, maka adalah penting bagi sesuatu objektif yang tetapkan itu memenuhi fokus,
landasan, peruntukan dan masa yang ditetapkan.


Langkah 3 – Mengenalpasti Kumpulan Sasaran Semakin banyak maklumat tentang keupayaan atau kebolehan pengguna yangdiperolehi individu yang akan membangunkan
sesebuah perisian multimedia, maka semakintepat dan sesuailah sesebuah perisian yang dibangunkan itu memenuhi keperluankumpulan sasaran. Para pengguna secara
amnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategorimengikut umur, jantina, pendidikan dan sebagainya. Individu yang ingin membangunkanperisian multimedia perlu
menentukan maklumat yang diperlukan dan bagaimana yangbersesuaian dengan para pengguna.


Langkah 4 – Pembangunan Spesifikasi Spesifikasi boleh dirujuk kepada dua aspek utama iaitu spesifikasi perisian dan jugaspesifikasi perkakasan. Spesifikasi
perisian menyenaraikan apa yang akan dimasukkan kedalam skrin, termasuk susunan setiap elemen dan fungsi setiap objek. Selain dari itu, keupayaan sistem
komputer dari sudut kepantasan ingatan utama (RAM), ruang storan dan sebagainya juga perlu ditentukan dari awal bagi memastikan agar perisian yang dibina
mampu dimainkan pada mana-mana sistem komputer yang dicadangkan tanpa sebarang masalah.


Langkah 5 – Papan Cerita dan Navigasi Pembinaan pembangunan perisian banyak meniru corak pembangunan filem,termasuk penggunaan papan cerita. Papan cerita
atau ‘storyboard’ mewakili paparan setiapskrin dan cara mana skrin dihubungkan antara satu sama lain. Papan cerita bertujuan :
• penetapan gambaran kasar projek • sebagai panduan kepadan pembangun program • memberi gambaran bagaimana setiap skrin dihubungkan • memberi gambaran bagaimana setiap objek berfungsi.

Navigasi atau penerokaan setiap skrin merupakan suatu elemen yang penting.Interaktiviti yang tidak linear akan memastikan projek yang dibangunkan itu menarik dan interaktif dan ini ditentukan oleh pembangun perisian itu sendiri. Satu lagi perkara yang penting dalam penyediaan papan cerita ialah merancang sistem penerokaan bagi setiap skrin di dalam papan cerita tersebut. Salah satu aspek multimedia yang paling penting bagi memastikan sesebuah aplikasi yang dibangunkanmenarik serta interaktif ialah aspek interaktiviti yang tidak linear. Hubungkait antara skrinmelalui penggunaan butang, hyperteks dan hot spot
membenarkan pengguna berpindahdari satu skrin ke skrin yang lain Sistem penerokaan atau navigasi boleh dilakukan dalam pelbagai cara , seperti susunanyang
berturutan, mengikut topik atau melalui konsep penjelajahan. Penerokaan mengikutsusunan yang berturutan akan menghasilkan satu sistem yang membolehkan
seseorangpengguna bergerak secara linear.


Fasa 2 – Penyediaan


Langkah 6 – Pembangunan Kandungan Dalam fasa pembangunan perisian, proses kerja berubah dari merancang danmereka bentuk kepada proses pembangunan perisian.
Ianya mempunyai dua langkahutama iaitu langkah pembinaan isi kandungan dan langkah mengarang atau mengaturcara tajuk. Spesifikasi perisian meliputi sebarang
skrip yang akan digunakan bagimenggambarkan isi kandungan sesebuah perisian multimedia. Terdapat banyak perkara mengenai isi kandungan yang perlu diberi
perhatian, antaranya:

• Tahap kualiti isi kandungan • Bagaimana isi kandungan dijana • Siapa yang bertanggung jawab dalam mendapatkan hakcipta • Bagaimana
isi kandungan disimpan dan didokumentasikanSekiranya sesebuah perisian multimedia menggunakan semula isi kandungan yang sedia ada seperti dalam buku atau
katalog, proses mendapatkan bahan mungkin lebihmudah. Walau bagaimanapun jika isi kandungan yang perlu dihasilkan terutamanya yangmempunyai animasi dan
video, proses yang terlibat adalah lebih banyak dan sering memerlukan perjanjian dengan pihak pembekal luar.


Langkah 7 – Mengarang Produk
Proses mengarang atau mengaturcara akan menjadi lebih mudah sekiranya proses membina spesifikasi dan papan cerita telah disiapkan dengan sempurna semasa
proses perancangan. Proses pengarangan melibatkan pemilihan imej, bagi latar belakang, jenis teks, mengimbas beberapa grafik, mengimpot video, audio dan
sebagainya. Proses penulisan skrip dianggap sebagai titik fokus yang bertujuan untuk menetapkan fungsi di dalam spesifikasi yang ditentukan. Proses ini
merangkumi pemeriksaan keatas input pengguna dari papan kekunci, kemampuan mencapai peranti luaran seperti CD Video, mengenalpasti konfigurasi sistem main
semula dan mengujudkanprogram installasi untuk memulakan sesuatu aplikasi atau program.

Antara perisian pengarangan dan pengaturcaraan yang menyediakan
kemudahanmembangunkan produksi multimedia ialah seperti Microsoft Visual Basic, C++, Macromedia Authorware, Macromedia Director, Toolbook dan sebagainya.
Seseorang pembangun program adalah digalakkan dapat bekerjasama denganpereka antaramuka dan penulis isi kandungan supaya spesifikasi yang dirancang
dapatmemenuhi semua kriteria.


Fasa 3 – Pengujian

Langkah 8 – Menguji Produk
Fasa ini merujuk kepada proses menguji dan menilai perisian yang terhasil agarmenepati kehendak yang telah ditetapkan. Perisian yang telah selesai diuji dan
dinilai dijangka akan berkualiti serta memenuhi kehendak pengguna sebenar apabila ianya digunakan oleh kumpulan pengguna sasaran tersebut. Walaupun proses
pengujian diletakan sebagai langkah terakhir, namun proses ini merupakan suatu proses berterusan. Melalui fasa pembentukan tajuk, adalah mustahak untuk
menguji rekabentuk dan fungsi yang digunakan. Pengujian boleh dimulakan dari awallagi iaitu dalam peringkat pembinaan konsep. Menguji sesuatu perisian
multimedia melibatkan proses memastikan sama adafungsi yang dipilih bertindak balas mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan bolehmenjawab beberapa
soalan seperti berikut:

• Adakah dengan mengklik setiap butang atau objek pada skrin akan menghasilkan tindakbalas yang bersesuaian ?
• Boleh animasi, bunyi
dan klip video dikawal oleh pengguna? • Adakah grafik, teks dan lain-lain elemen terhasil dan diletakkan di lokasi yang betul ?

Fasa 4 – Pengedaran

Langkah 9 – Pendokumentasian
Memandangkan pembangunan sesebuah aplikasi atau produksi multimediamerupakan suatu proses yang sistematik dan agak komplkes, maka ia pastinya juga
akanmelibatkan pelbagai bentuk dokumen atau fail yang mempunyai peranan yang tersendiri.Fail atau dokumen ini boleh diklasifikasikan secara berasingan kepada
beberapa kategori misalnya: • Dokumen cadangan projek • Dokumen kontrak / perjanjian • Skrip / isi kandungan • Papan cerita• Carta aliran • Fail lemen
multimedia seperti fail video, grafik, audio, animasi dan sebagainya. • Fail kod pengaturcaraan atau pengarangan • Fail dokumentasi produksi multimedia

Langkah 10 – Pengedaran Apabila sesebuah aplikasi telah disiapkan sepenuhnya dan telah bersedia untukdisebarkan untuk kegunaan ramai, media sebaran yang
bersesuaian perlu ditentukan. Buat masa ini terdapat pelbagai altenatif yang boleh diambil bagi tujuan penyebaran sesebuah produksi multimedia seperti
melalui penggunaan cakera liut atau disket, cakera padat (CD-ROM), cakera boleh ubah (Removable Disk), rangkaian komputer, rangkaian internet dansebagainya.
Terdapat pelbagai cara atau media yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran sesebuah produksi multimedia yang mudah diperolehi di pasaran. Walau
bagaimanapunseperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pemilihan media adalah bergantung kepadabeberapa faktor, antaranya:

• Saiz fail produksi multimedia yang dipakejkan • Masa capaian • Berapa kerap sesebuah aplikasi tersebut ingin dimainkan • Kemudahan peralatan dan kepakaran yang ada • Anggaran kewangan
yang diperuntukkan.

No comments:

Letto-Sebelum Cahaya