Mengimport, merekacipta, mengintegrasi dan menyampaikan elemen- elemen multimedia dengan berkesan.
• Mengimport – mengimport sebahagian elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi
• Merekacipta – menghasilkan sesuatu teks, grafik dan animasi yang sesuai
• Integrasi – gabungan elemen multimedia yang diwujudkan dalam produksi
• Penyampaian – merekabentuk susun atur persembahan
• Interaktiviti – membina hiperlink dan hiperteks serta antaramuka pengguna
3. Jenis-jenis perisian pengarangan
• Berasaskan kad/buku Metafora berasaskan tatasusunan kad atau lembaran buku merupakan metafora yang awal dalam perisian pengarangan. Perisian pengarangan ini bekerja berdasarkan susunan objek-objek pada skrin yang dikenali sebagai kad atau buku. Setiap kad atau buku mengandungi isi kandungan dan fungsi yang pelbagai serta ciri-ciri tertentu yang dihubungkan kepada kad atau buku yang lain menu sub menu isi keluar isi yang berkaitan. Kad atau buku ini dipersembahkan kepada pengguna mengikut tatasusunan yang dapat beroperasi sebagai produksi multimedia yang mantap. Antara perisian pengarangan yang berkonsepkan kad atau buku adalah seperti Asymetrix Toolbook dan Comil.
• Berasaskan ikon
Perisian pengarangan yang berasaskan metafora ini menggunakan ikon-ikon yang disusun dalam suatu carta alir yang akan membentuk satu persembahan penuh. Pada setiap ikon ia adalah mewakili paparan yang menempatkan pelbagai isi kandungan dan arahan-arahan tertentu. Ia amat sesuai untukproduksi multimedia yang mempunyai aras intraktiviti yang tinggi kerana susunan dan aliran persembahan dapat dilihat dengan jelas dan mudah. Antara perisian pengarangan yang berasaskan ikon ialah Macromedia Authorware. Contoh susunan ikon-ikon yang terdapat dalam perisian pengarangan Macromedia Authoware
• Berasaskan masa
Metafora perisian pengarangan ini juga biasa dikenali sebagai perisian pengarangan berasaskan frame atau movie. Perisian ini diorganisasikan serta dikawal mengikut penggunaan masa dan frame. Susunan frame dibuat berdasarkan tempoh masa suatu objek yang hendak dipersembahkan. Ia amat sesuai untuk menghasilkan satu persembahan berbentuk animasi.
Perisian pengarangan berasaskan masa adalah seperti Macromedia Director dan Macromedia Flash. Contoh susunan frame berasaskan masa yang terdapat dalam perisian pengarangan Macromedia Flash.
4. Memilih alat pengarangan
• Kepakaran pembangun Mengetahui sejauh mana kebolehan dan penguasaan pembangun dalam perisian pengarangan dan perisian berkaitan yang hendak digunakan. Penggunaan lebih daripada satu perisian akan menghasilkan sebuah produksi yang lebih baik dan menarik.
• Kepakaran kumpulan Pembahagian tugas dalam kumpulan mengikut kepakaran masing-masing di antara ahli kumpulan pembangun penting bagi mewujudkan keseimbangan dalam pelaksanaan produksi. Ia perlu diselaraskan agar produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang tetapkan.
• Tujuan pembinaan Sebelum memilih perisian pengarangan yang hendak digunakan dalam sebuah produksi multimedia, perkara asas yang perlu difikirkan adalah tujuan produk tersebut hendak dibina sama ada untuk pendidikan, latihan, perniagaan atau sumber maklumat. Ini adalah penting kerana pemilihan alat pengarangan yang tepat dapat memenuhi tujuan produksi itu dihasilkan.
• Kos Pemilihan suatu perisian pengarangan akan melibatkan kos. Oleh itu pemilihan perisian pengarangan yang sesuai dengan keperluan produksi dapat mengelakkan penambahan kos yang tidak dijangka. Ianya perlu bagi mengelakkan lebihan kos yang akan memberi kesan sampingan terhadap pembinaan sesebuah produksi yang dirancang.
• Masa Pemilihan perisian pengarangan perlu mengambil kira tempoh masa sesebuah produksi itu hendak disiapkan. Perisian pengarangan yang sesuai adalahperisian yang dapat membantu menyiapkan produksi dalam masa yang telah ditetapkan.
• Tujuan pembinaan
Sebelum memilih perisian pengarangan yang hendak digunakan dalam sebuah produksi multimedia, perkara asas yang perlu difikirkan adalah
tujuan produk tersebut hendak dibina sama ada untuk pendidikan, latihan, perniagaan atau sumber maklumat. Ini adalah penting kerana pemilihan alat
pengarangan yang tepat dapat memenuhi tujuan produksi itu dihasilkan.
• Kos Pemilihan
suatu perisian pengarangan akan melibatkan kos. Oleh itu pemilihan perisian pengarangan yang sesuai dengan keperluan produksi dapat
mengelakkan penambahan kos yang tidak dijangka. Ianya perlu bagi mengelakkan lebihan kos yang akan memberi kesan sampingan terhadap pembinaan sesebuah
produksi yang dirancang.
• Masa Pemilihan
perisian pengarangan perlu mengambil kira tempoh masa sesebuah produksi itu hendak disiapkan. Perisian pengarangan yang sesuai
adalahperisian yang dapat membantu menyiapkan produksi dalam masa yang telah ditetapkan.
• Penyebaran
Sesebuah projek multimedia yang dihasilkan mestilah dapat memenuhi keperluan pengguna. Untuk itu ia perlu disebarkan melalui media yang sesuai
dengan keperluan dan dapat digunakan dengan meluas sama ada melalui cakera padat, cakera liut, kiosk, rangkaian computer atau internet. Oleh itu perisian
pengarangan multimedia yang sesuai ialah perisian yang dapat memenuhi keperluan penyebaran produksi.
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment