Monday, June 30, 2008

Pembinaan Laman Web

Pembinaan Laman Web

i.Penggunaan Jenis dan Saiz Fon
Pemilihan jenis serta saiz fon juga penting kerana sekiranya fon yang digunakan oleh pembangun semasa membangunkan lamannya tidak terdapat dalam komputer pelayar yang mengakses web tersebut, maka komputer pelayar tadi akan menukar jenis fon yang terdapat di dalam laman itu kepada jenis fon yang terdapat dalam komputer pelayar dan ini boleh menyebabkan laman tersebut tidak terpapar sebagaimana yang dikehendaki oleh pembangun.

Oleh itu, penggunaan fon yang asas contohnya Arial, Helvetica atau Times New Roman adalah digalakkan. Saiz fon yang digunakan juga penting kerana sekiranya saiz yang terlalu kecil digunakan, maka ini akan menyukarkan pengunjung untuk membaca teks yang dipaparkan manakala saiz yang terlalu besar akan menyebabkan ruang yang lebih besar perlu digunakan dan ini akan menyukarkan pengunjung yang terpaksa scroll sama ada ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah. Penggunaan fon jenis Arial Penggunaan fon jenis Vivaldi – fon ini mungkin tidak terdapat dalam komputer pengunjung laman.

ii.Format Fail
Antara kekuatan laman pada masa ini adalah penggunaan bahan kandungan sama ada imej, audio dan video serta animasi yang menarik yang menyebabkan laman tersebut sangat menarik untuk dilawati. Namun begitu, saiz bahan yang digunakan dalam sesuatu laman web perlu diberi perhatian yang teliti memandangkan dengan bertambahnya saiz sesuatu bahan akan menyebabkan masa untuk memuat turun laman tersebut akan bertambah. Antara format fail yang dicadangkan ialah :

a) Grafik
i. jpg atau jpeg (Joint Photographic Expert Group) ii.gif (Graphic Interchange Format) iii.png (Portable Network Graphics) iv. bmp(bitmap) Membina serta menukar format fail grafik boleh dilakukan dengan menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop.

b) Audio
i. Au (AU Audio) Sonic Foundry Sound Forge boleh digunakan untuk membina fail jenis au. ii.ra (Real Audio) Untuk membina fail jenis ra, perisian Real Audio boleh digunakan. iii.aiff (AIFF Audio) Perisian Sound Forge boleh digunakan untuk membina fail jenis ini. iv. midi (Musical Instrument Digital Interface) Perisian seperti Cakewalk boleh membina fail jenis midi. v.mp3 (MP3 Audio) Nama fail : pemandangan.bmp Saiz gambar : 500 x 466 pixel Saiz fail : 682.7 kb Nama fail : pemandangan.gif Saiz gambar : 500 x 466 pixel Saiz fail : 135.2 kb Nama fail : pemandangan.jpg Saiz gambar : 500 x 466 pixel Saiz fail : 42.2 kb Nama fail : pemandangan.png Saiz gambar : 500 x 466 pixel Saiz fail : 382.3 kbvi. ram (Real Audio Media) Perisian Sound Forge dan Cool Edit boleh digunakan untuk membina fail mp3 serta ram.

c) Video/Animasi
i. gif (Animated Gif) Perisian seperti Adobe Image Ready ataupun Ulead Gif Animator boleh digunakan untuk membina fail animated gif. ii. swf (Shockwave Flash) Macromedia Flash serta Swish adalah dua perisian popular pada masa ini untuk membina fail swf.iii.avi (Audio Video Interleave) Fail jenis ini boleh dibina dengan menggunakan perisian seperti Macromedia Director, Macromedia Flash ataupun AdobePremiere. iv. mpeg (Moving Picture Expert Group) Pinnacle Studio, IFilm serta Video Maker boleh digunakan untuk membina fail mpeg. v. mov (Quick Time) Perisian yang boleh digunakan untuk membina fail dalam format ini ialah Adobe Premiere. iii. RekaletakRekaletak yang akan digunakan perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum sesuatu proses pembinaan laman web dimulakan. Rekaletak yang dimaksudkan ialah contohnya penggunaan frame, menu serta grafik yang akan digunakan di dalam laman web tersebut.

Rekaletak yang baik akan membolehkan suatu laman yang menarik dihasilkan. Rekaletak yang baik juga akan membolehkan pelayar atau pengunjung laman melayari laman itu dengan lancar dan seterusnya beliau akan mendapat faedah serta akan menyebabkan objektif pembinaan laman itu tercapai. Beberapa contoh reka letak adalah sebagaimana di bawah : Frame 1 Tajuk Frame 3 Laman Utama Frame 2 Menu/Navigasi Frame 1 Tajuk/Menu/Navigasi Frame 2 Laman Utama

No comments:

Letto-Sebelum Cahaya