Sunday, June 29, 2008

Ciri-ciri Perisian Pengarangan Multimedia

i. Dapat memenuhi keperluan elemen-elemen multimedia seperti:

• Teks

Jenis-jenis fon yang digunakan dalam menghasilkan teks biasanya ialah yang terdapat dalam kebanyakan komputer pengguna supaya dapat menampung keperluan semasa penyebaran produksi multimedia kelak. Penggunaan teks adalah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Selain itu teks juga kadangkala boleh berfungsi sebagai “hiperteks”.

• Grafik

Grafik adalah elemen penting dalam penghasilan produksi multimedia yang dapat bertindak untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna sama ada dalam bentuk lakaran, tulisan, lukisan atau grafik berbentuk 2D dan 3D. Ia boleh membantu menerangkan konsep disamping teks. Ia juga mestilah menarik dan mudah disampaikan dengan bermakna dan konsisten kepada semua pengguna. Grafik boleh diintegrasikan dalam produksi multimedia melalui pelbagai cara seperti pada latar belakang, antaramuka pengguna, imej, butang dan carta. Format penghasilan grafik adalah seperti bitmap, jpeg dan gif.

• Animasi

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan kepada suatu objek. Ia membolehkan suatu objek yang pegun dapat bergerak dan kelihatan hidup. Ini akan menjadikan suatu produksi multimedia kelihatan menarik dan lebihbermakna seterusnya mampu menghasilkan suatu kelainan. Ada perisianpengarangan yang dapat menghasilkan animasi yang mudah sahaja dan ada sesetengah perisian yang dapat menghasilkan animasi yang lebih kompleks. Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf.

• Audio

Penggunaan audio adalah cara berkesan bagi menarik perhatian pengguna terhadap suatu produksi multimedia di samping membantu menyampaikan isi kandungan. Ia mampu menjadikan produksi multimedia itu lebih berkesan dan meningkatkan minat pengguna. Ia biasa diintegrasikan ke dalam produksi multimedia sebagai muzik latar, kesan bunyi khas dan suara latar. Format penghasilan yang biasa digunakan ialah dalam bentuk wav, mid dan mp3.

• Video

Video yang digunakan dalam produksi multimedia dapat bertindak sebagai satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat secara terus. Ia juga dapat berfungsi menyampaikan maklumat dengan tepat yang kadang kala gagal ditangani oleh media-media yang lain. Ia mampu membawa suasana sebenar kepada pengguna di samping dapat memberi kelainan yang lebih menarik. Format penghasilan bahan berbentuk video yang lazim digunakan ialah avi, mov dan mpeg.

No comments:

Letto-Sebelum Cahaya